click HERE to watch Anwar's video
Dunia politik tanah air pada Isnin dikejutkan dengan penemuan pita rakaman aksi perlakuan seks seorang pemimpin tertinggi parti pembangkang dengan seorang wanita asing di sebuah hotel di ibu kota dekat sini.
Rakaman bertarikh 21 Februari yang berdurasi selama 30 minit itu menunjukkan aksi-aksi seks Ahli Parlimen berprofail tinggi berkenaan dari pelbagai sudut yang jelas menampakkan wajah beliau bersama wanita terbabit yang dipercayai seorang pelacur.
Pita rakaman berkenaan ditemui tersembunyi di dalam bilik hotel berkenaan baru-baru ini.
Malah, jam tangan pemimpin terbabit dikatakan tertinggal di bilik itu selepas aksi berkenaan dirakamkan.
Beberapa wakil media telah dipertontonkan dengan rakaman berkenaan secara individu di sebuah bilik hotel oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali yang diketuai oleh seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Datuk T.
Datuk T memberitahu, dia mahu media menyaksikan sendiri rakaman tersebut sebelum menyerahkan kepada pemimpin berkenaan dan isterinya untuk tujuan pengecaman dalam tempoh seminggu ini.
Katanya, jika ahli politik kanan berkenaan dikenal pasti, pemimpin itu dan isterinya perlu 'mengundurkan diri dari politik' kerana ternyata beliau bukan seorang yang 'warak dengan moral yang tinggi seperti mana yang digambarkan'.
Kata Datuk T lagi, jika kedua-dua mereka enggan berundur, beliau akan memanggil beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membentuk satu panel bebas serta mengupah pakar forensik bagi mengkaji keaslian rakaman berkenaan.
Beliau mendakwa secara tidak sengaja menemui pita rakaman terbabit selepas diminta oleh pemimpin politik berkenaan mencari jam tangannya yang tertinggal di bilik di mana rakaman itu dipercayai dilakukan.
"Saya tidak menemui jam tangan itu di atas meja, jadi saya cari di belakang meja solek. Saya terkejut terlihat banyak wayar di belakangnya.
"Selepas meneliti, saya temui empat kamera litar tertutup (CCTV), saya kemudian cuba membuka dua laci dari meja solek berkenaan dan mendapati salah satu daripadanya berkunci.
"Saya cuba buka laci berkenaan dengan mengumpil kuncinya sebelum menemui perakam CCTV yang masih aktif, saya putuskan wayarnya dan ambil perakam itu," dakwanya lagi.
Beliau bertegas tidak menyerahkan kepada mana-mana pihak kerana bimbang ia akan disalin dan disebarkan.
Wakil-wakil media termasuk The Star dipertontonkan rakaman tersebut melalui komputer peribadi di bilik itu yang dikawal ketat.
Sebelum masuk, wartawan The Star diperiksa dan telefon bimbitnya diambil.
Lain-lain media termasuk dari BERNAMA, New Straits Times, Utusan Malaysia, China Press, portal berita Internet, agensi berita asing dan sekurang-kurangnya seorang wakil daripada organ pembangkang turut hadir.
Rakaman berkenaan menunjukkan imej yang jelas akan pemimpin pembangkang berkenaan dan wanita terbabit berkulit cerah yang dipercayai dari Asia Timur.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad dalam reaksi segeranya menerusi laman Tweeter menyifatkan ia adalah rakaman palsu.
sumber: mStar
KUALA LUMPUR, 21 Mac – Gempar!! Kini sudah mula heboh tentang satu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali.
Video seks yang melibatkan lelaki Y yang ditayangkan pagi tadi menunjukkan dia klimaks sebanyak dua kali dalam tempoh 20 minit.
Difahamkan kejadian itu berlaku dalam tempoh lebih kurang setahun ini di sebuah hotel di KL.
Tayangan video itu menunjukkan lelaki Y memasuki sebuah bilik di mana seorang wanita yang iras-iras perempuan Cina telah berada di dalamnya.
Difahamkan klip video tersebut ditayangkan untuk tontonan pihak media pagi ini di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.
Wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut.
Mereka yang melihat video ini menyatakan lelaki Y tersebut memang hebat malah yakin kali ini pemimpin tersebut sukar untuk melepaskan diri.
Sementara itu Bernama melaporkan, satu kumpulan yang enggan dikenali mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur wanita di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks.
Kumpulan itu, yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai Datuk T, berkata mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam masa seminggu ini.
Kumpulan itu juga mendakwa memiliki seutas jam tangan, dikatakan milik ahli politik itu, yang didakwa diambil oleh wanita itu semasa mengadakan hubungan seks pada 21 Feb tahun ini.
Anggota kumpulan itu berkata mereka memutuskan untuk mendedahkan perkara itu sekarang kerana sudah tiba masanya untuk orang ramai mengetahui perkara sebenar mengenai ahli politik itu.
sumber: UMNO Online
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan bahawa beliau adalah individu di dalam rakaman video perlakuan aksi seks yang didedahkan kepada media pagi Isnin.
Malah beliau menegaskan semasa rakaman itu dilakukan, beliau berada di rumah bersama isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; kakitangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), anak-anak dan cucu sambil mengakses ke laman sosial 'Tweeter' pada hari dan waktu tersebut.
Berdasarkan rakaman video itu tertera tarikh 21 Februari dari pukul 10.23 malam hingga 10.45 malam.
"Saya tidak tahu dari mana sumber video itu dan siapa Datuk T, permintaannya supaya saya dan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan. Ini adalah serangan bermotifkan politik ke atas saya," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, Isnin.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, dalam nada bergurau berkata, individu dalam video seks itu begitu mirip dengan dirinya kecuali perut individu tersebut sedikit buncit.
"Lihat, saya lebih kurus," katanya sambil berdiri dengan gaya menyindir.
Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis, Anwar berkata, beliau akan mendapatkan bukti dan individu yang terlibat terlebih dahulu.
"Saya masih belum lihat video itu dan tindakan susulan akan dilakukan selepas mendapat bukti-bukti yang diperlukan," katanya.
Sementara itu, Wan Azizah yang terkejut dengan penyebaran video tersebut berkata, tiada sebab untuknya berundur dari jawatannya sekarang.
"Ini adalah tindakan bermotifkan politik dan tidak bertanggungjawab yang didalangi oleh pihak tertentu untuk mengaibkan Anwar," katanya.
Negara pada Isnin dikejutkan dengan penemuan pita rakaman aksi perlakuan seks seorang pemimpin tertinggi parti pembangkang dengan seorang wanita asing di sebuah hotel di ibu kota dekat sini.
Rakaman bertarikh 21 Februari yang berdurasi selama 30 minit berkenaan menunjukkan aksi-aksi seks Ahli Parlimen berprofail tinggi berkenaan dari pelbagai sudut yang jelas menampakkan wajah beliau bersama wanita terbabit yang dipercayai pelacur.
Pita rakaman berkenaan ditemui tersembunyi di dalam bilik hotel berkenaan baru-baru ini.
Malah, jam tangan pemimpin terbabit dikatakan tertinggal di bilik itu selepas aksi berkenaan dirakamkan.
Beberapa wakil media telah dipertontonkan dengan rakaman berkenaan secara individu di sebuah bilik hotel oleh sekumpulan yang tidak dikenali yang diketuai oleh seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Datuk T.
Datuk T memberitahu, dia mahu media menyaksikan sendiri rakaman tersebut sebelum menyerahkan kepada pemimpin berkenaan dan isterinya untuk tujuan pengecaman dalam tempoh seminggu ini.
Katanya, jika ahli politik kanan berkenaan dikenal pasti, beliau dan isterinya perlu 'bersara dari politik' kerana ternyata beliau bukan seorang yang 'warak dengan moral yang tinggi seperti yang digambarkan'.
Kata Datuk T lagi, jika kedua-dua mereka enggan berundur, beliau akan memanggil beberapa perubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membentuk panel bebas serta mengupah pakar forensik bagi mengkaji keaslian rakaman berkenaan.
sumber: mStar
No comments:
Post a Comment