gempa bumi besar yang melanda Jepun pada hari Jumaat begitu kuat sehingga mengubah bentuk garis pantai negara dan paksi bumi.
Kenneth Hudnut, yang bekerja untuk US Geological Survey mengatakan kepada CNN bahawa gempa bumi tersebut menggerakkan sebahagian daripada darat Jepun kira-kira 2.5meter.
para ahli mengatakan bahawa gempa bumi yang besar ini disebabkan oleh pergeseran plat tektonik dalam bawah air, juga mengubah paksi bumi kira0kira sebanyak 8cm.
selain itu, gempa terkuat yang pernah melanda Jepun itu turut mempercepatkan pusingan harian bumi sebanyak 1.6 mikrosaat pada hari kejadian. profesor dari Universiti Tokyo, Satoko Oki berkata, gempa bumi sekuat itu yang disebabkan pergerakan lantai bumi di bawah laut hanya berlaku sekali setiap 1,000 tahun.

No comments:
Post a Comment